PM Britain Tiba Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri Britain David Cameron tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, untuk lawatan rasmi dua hari bermula Khamis.

Beliau yang tiba pada pukul 12.45 tengah hari disambut Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay serta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.

Lawatan Cameron ke Malaysia adalah atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Mei 2010.

Lawatan itu dijangka dapat meningkatkan lagi momentum dan mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Britain.

Cameron dijadual menyampaikan ucapan pada Forum Perdagangan dan Pelaburan Malaysia-Britain, mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri bagi membincangkan kerjasama dalam pelbagai bidang kepentingan bersama, selain menghadiri program Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) di Universiti Nottingham Kampus Malaysia di Semenyih.

Cameron diiringi Timbalan Menteri Perdagangan dan Pelaburan Britain Lord Stephen Green serta Timbalan Menteri Universiti dan Sains Britain David Willets bersama delegasi terdiri daripada pegawai kerajaan, pemimpin perniagaan dan media Britain. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan