PM Britain Diberi Sambutan Rasmi - Berita Semasa | mStar

PM Britain Diberi Sambutan Rasmi

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Britain David Cameron diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini hari ini, sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia.

Ketibaan Cameron disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kabinet.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Perdana Menteri Britain itu kemudian diperkenalkan kepada anggota kabinet, duta asing dan para pegawai kanan kerajaan. Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini sejak mengambil alih jawatan perdana menteri pada Mei 2010.

Cameron dijadual berucap pada Forum Perdagangan dan Pelaburan Malaysia-Britain, mengadakan mesyuarat dua hala dengan Najib, dan menghadiri program Pergerakan Kesederhanaan Global di University of Nottingham, Kampus Malaysia di Semenyih.

Britain adalah rakan dagangan keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU), dengan dagangan berjumlah RM13.03 bilion, manakala Malaysia pula merupakan rakan dagangan kedua terbesar Britain dalam kalangan negara anggota Asean. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan