Peserta Program Tukar Kini Nikmati Pertambahan Keuntungan Sehingga 300%

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Para pekedai runcit tradisional yang menyertai Program Tukar kini menikmati pertambahan keuntungan jualan antara 200% hingga 300%, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, ini terbukti, pengurusan moden serta sistem akaun yang sempurna berupaya membawa perubahan kepada kehidupan para peruncit tradisional.

Ismail Sabri berkata, penggunaan sistem pengesanan jualan dalam operasi harian telah membolehkan pekedai mengesan barangan apakah yang telah habis dijual dan barangan yang perlu ditambah.

"Sebelum ini, sikap pekedai ialah tidak begitu mengambil kisah jumlah keuntungan yang mereka buat setiap bulan khususnya mereka yang tinggal di pedalaman kerana bagi mereka selagi mereka dapat meneruskan perniagaan itu sudah memadai.

“Tetapi menerusi Program Tukar kita telah berjaya mengubah persepsi dan cara mereka berniaga kerana akhirnya mereka dapat melihat perbezaan keuntungan yang ketara ketika berniaga cara lama dengan berniaga di bawah sistem Tukar,” katanya ketika menyampaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada 2,000 penerima di bawah Parlimen Bera di Kompleks Rakan Muda di sini.

Ismail Sabri menjelaskan, perubahan ini dapat dilakukan setelah para pekedai diwajibkan menyertai kursus selama dua hari setiap enam bulan bersama rangkaian pasar raya besar seperti Mydin, Tesco, Giant dan Carrefour.

Menerusi kursus ini para peserta Program Tukar telah mengaplikasikan cara pasar raya besar mengendalikan jualan dan stok.

Program Tukar juga katanya telah berjaya menghapuskan stigma yang mengatakan kehadiran pasar raya besar adalah satu ancaman kepada peruncit tradisional.

Sebaliknya kesemua pasar raya besar kini adalah rakan kongsi yang membantu para peruncit tradisional agar terus hidup dan beroperasi dengan keuntungan.

Ismail Sabri turut menegaskan bahawa sasaran kerajaan untuk melibatkan penyertaan 500 pekedai tradisional di bawah Program Tukar setahun mampu dicapai berdasarkan perubahan sikap para pekedai.

Sehingga Mac lalu, katanya, sejumlah 200 pekedai runcit telah menyertai Program Tukar di seluruh negara.

Ismail Sabri berkata, mulai tahun ini, para peserta layak menerima pinjaman sehingga RM80,000 untuk memodenkan kedai mereka.

“Sebelum ini Tukar menyediakan RM60,000 untuk tujuan pengubahsuaian kedai tetapi tahun ini kerajaan menambah RM20,000 lagi sebagai modal pusingan.

“Sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk memastikan wang pinjaman itu digunakan dengan berkesan dan sebaiknya untuk tujuan ini,” ujarnya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan