Pemuda Minta Kriteria Calon Bukan Berdasarkan Kepada Kuota Parti

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno meminta supaya prinsip dan kriteria bagi pemilihan calon kali ini bukan berdasarkan kepada kuota parti komponen tetapi daripada segi calon boleh menang, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata pergerakan itu memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN), berpegang kepada prinsip bahawa calon yang akan dipilih bagi pilihan raya umum akan datang adalah calon yang diiktiraf sebagai calon boleh menang.

"Maksudnya, kita kena betul-betul tengok setiap kawasan, bukan pengagihan kerusi berdasarkan kepada parti lagi. Kita kena cari calon yang boleh menang.

"Kalau dulu, kerusi tersebut dikhaskan untuk salah satu komponen parti dalam BN, kita buat andaian bahawa selama-lamanya kerusi itu akan ditandingi oleh calon daripada parti tersebut.

"Jika calon itu datang daripada parti yang biasa bertanding di kawasan itu, adalah baik, (tetapi) jika calon itu datang daripada parti yang lain, kita minta parti yang biasa bertanding di situ beri laluan kepada calon berkenaan kerana calon itu juga datang daripada BN walaupun parti komponen, semua bertanding di bawah lambang BN," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno di sini, Rabu.

Khairy turut meminta parti komponen BN dapat bersetuju dengan prinsip itu kerana yang penting adalah kemenangan BN dalam pilihan raya umum ke-13 dan bukan untuk meneruskan kuota atau sistem lama.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata siri pelancaran jentera Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno serta parti-parti komponen dengan tema "BN Pilihan Orang Muda" akan bermula pada Sabtu ini di Ipoh bagi peringkat negeri Perak yang akan dirasmikan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Katanya ini diikuti pelancaran jentera Pemuda dan Puteri Umno Wilayah Persekutuan di Bandar Tun Razak pada 22 April ini yang akan disempurnakan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala di peringkat negeri Johor pada 1 Mei depan.

"Kita akan menjelajah ke seluruh negara untuk memastikan bahawa pelancaran jentera ini dapat dilaksanakan dan disasarkan kira-kira 15,000 jentera akan hadir di setiap lokasi.

"Kita akan bawa pelancaran jentera ini sampai kepada kemuncaknya iaitu pelancaran bersama Perdana Menteri pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian," katanya.

Mengulas mengenai Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan yang dibentangkan di Parlimen semalam, Khairy berkata rang udang-undang baru itu adalah penambahbaikan kepada Akta Keselamatan Negeri yang boleh dikatakan lapuk dan tidak relevan lagi.

"Akta baru ini yang bakal dibahaskan di Dewan Rakyat minggu depan, mempunyai ciri-ciri menghormati hak asasi setiap rakyat iaitu tiada mana-mana pihak boleh ditahan dan ditangkap atas sebab politik.

"Selain itu, sesiapa yang ditahan dan ditangkap di atas akta baru ini, mereka mempunyai peluang untuk membawa kes ke mahkamah berbanding sebelum ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan