Pakatan 'Pancing' Undi Cadang Mansuh PTPTN - Dr Chua

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menjelaskan cadangan daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai satu langkah bertujuan mendapatkan undi dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, jika pembangkang membentuk kerajaan di negara ini kerana janji-janji seperti itu, maka negara akan mengalami masalah kewangan.

Dr Chua berkata banyak negara seperti Britain, Amerika Syarikat, Greece, Sepanyol dan Itali berdepan dengan hutang atau defisit disebabkan kerajaan membuat keputusan populis semasa pilihan raya mereka yang memakan diri sendiri.

"Disebabkan kepada janji-janji itu, negara mereka kini menghadapi masalah ekonomi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin MCA Batu Pahat di sini, Rabu.

Dr Chua berkata MCA tidak akan menyokong pemansuhan PTPTN kerana negara akan menghadapi kemelesetan ekonomi dan pendidikan rakyat Malaysia akan terjejas.

Beliau berkata jika pembangkang berjanji menjadikan pendidikan tinggi percuma, lebih daripada 500 kolej atau universiti sektor swasta di negara ini akan terpaksa gulung tikar kerana ramai pelajar tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran di kolej ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Chua menggesa masyarakat Cina di Johor agar tidak terpedaya dengan janji-janji DAP.

"DAP menuduh MCA tunduk kepada Umno tetapi PAS baru-baru ini telah mengumumkan jika pembangkang mengambil alih Johor, ahli mereka akan menjadi Menteri Besar.

"Nampaknya DAP harus tunduk kepada PAS dan ia tidak boleh menjadi pemimpin negeri ini walaupun mereka menang di negeri ini," katanya.

Dr Chua menggesa pemimpin MCA untuk mengubah mentaliti mereka dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan