Najib Mahu PDRM Penuhi Dua Harapan Utama Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Polis Diraja Malaysia supaya memenuhi dua harapan rakyat iaitu menjamin keselamatan awam setiap masa dan bijak mengimbangi hak asasi individu dengan keselamatan umum.

Beliau menyifatkan tugas itu sebagai satu cabaran bukan saja kepada PDRM tetapi juga kepada beliau selaku Perdana Menteri, kepada kerajaan dan kepada Menteri Dalam Negeri.

"Saya yakin cabaran ini mampu dicapai," katanya semasa merasmikan Menara 1 Bukit Aman PDRM, yang merupakan bangunan baru pentadbiran polis di sini, Khamis.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pegawai-pegawai kanan PDRM.

Najib berkata kedua-dua harapan rakyat itu perlu dipenuhi dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen iaitu kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

"Adalah penting setiap agensi kerajaan itu wujud untuk rakyat dan kerana rakyat," katanya.

Perdana Menteri berharap PDRM dapat terus meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan mereka dalam meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap pasukan keelamatan negara.

"Sepanjang zaman kita telah menempuh pelbagai era yang mencabar termasuk ancaman komunis dan darurat, dan PDRM telah menjalankan tugasan yang berkesan sehingga keadaan aman.

"Saya harap PDRM dapat tingkatkan lagi keyakinan masyarakat yang sekarang di tahap 70.5 peratus," katanya.

Global Peace Index (GPI) dalam laporan 2011 mengiktiraf Malaysia sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dan berada pada tangga ke-19 di dunia.

Najib berkata dalam transisi negara melaksanakan transformasi, PDRM juga telah memberikan kerjasama dan komitmen tinggi kepada kerajaan, yang telah memungkinkan keputusan kerajaan untuk memansuhkan tiga Ordinan Darurat dan menggubal undang undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Dalam hal ini kita telah mendapatkan pandangan PDRM...Apabila kita gubal akta baru itu, kuasa-kuasa yang diberikan mencukupi untuk PDRM mencegah jenayah, menangani sindiket dan extremisme," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan akan terus menimbang untuk mempertingkatkan lagi keupayaan PDRM sesuai dengan perkembangan semasa dan kemampuan kerajaan.

Pada majlis itu Najib turut mengumumkan peruntukan tambahan RM1.5 juta untuk taska yang diwujudkan di ibu pejabat polis itu, selain akan mewujudkan Permata Negara bagi pendidikan awal anak warga polis di situ. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan