Muhyiddin Temui Guru SRJK Cina Dan Tamil Di Shah Alam Esok

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan kerja di Selangor, Jumaat.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Muhyiddin akan memulakan lawatan itu dengan bertemu 1,000 guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di sini dalam siri program tinjauan susulan jelajah 'Nurani Rakyat'.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran akan bersarapan dengan guru berkenaan serta menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah Cina dan Tamil dari seluruh Selangor di Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam, katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Timbalan Perdana Menteri juga akan bertemu kira-kira 5,0000 anggota persatuan penjaja seluruh Selangor di Kompleks Belia Seksyen 7, Shah Alam, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan