Mercy Pantau Keperluan Bantuan Kemanusiaan Akibat Gempa Bumi

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mercy Malaysia sedang membuat pemantauan rapi tentang bantuan kemanusiaan yang perlu diberi berikutan gempa bumi berukuran 8.6 pada skala Richter yang melanda kawasan pantai utara Sumatera pada Rabu.

Dalam kenyataan hari ini, Mercy Malaysia berkata Pasukan Penilaian Pantas, Unit Respons Kecemasan dan semua sukarelawannya kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.

"Sekiranya tenaga Mercy Malaysia perlu dikerahkan, Pasukan Penilaian Pantas kami akan membuat penilaian di lapangan untuk menentukan bentuk bantuan kemanusiaan yang perlu diberi di kawasan terjejas," kata Mercy Malaysia.

Mercy Malaysia telah mengerahkan pasukannya di Medan ke Aceh untuk meninjau keadaan di sana dan membuat laporan tentang kesan gempa bumi itu.

"Kami juga bekerjasama rapat dengan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur dan berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Jakarta serta rakan kami, badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, melalui Rangkaian Pengurangan Bencana dan Respons," kata Mercy Malaysia.

Mercy Malaysia berkata ia akan sentiasa berjaga-jaga, terutama terhadap kesan daripada gegaran susulan, walaupun amaran yang dikeluarkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik semalam, ditarik balik.

"Berdasarkan keadaan dan laporan terkini, kami berharap sebarang kecederaan akibat kejadian gempa bumi itu adalah kecil.

"Bagaimanapun, Mercy Malaysia akan tetap berada dalam keadaan penuh berjaga-jaga dan memantau keadaan dengan rapi," katanya.

Gegaran akibat gempa bumi yang melanda Aceh itu semalam turut dirasai di beberapa tempat di Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan