Masyarakat Cina Mahu Wakil Rakyat Seperti Samsol Bari

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Pengundi Cina di Semarang, satu daripada kawasan Dewan Undangan Negeri Johor, secara tegas menyatakan mereka mahu seorang wakil rakyat yang jujur dan sentiasa menunaikan janji seperti penyandang kerusi itu sekarang, Datuk Samsol Bari Jamali daripada Barisan Nasional.

"Kita tidak kisah apa kaum sekalipun, yang penting kita tidak mahu wakil rakyat yang bengkok-bengkok (tidak jujur)," kata Chye Lin, seorang penduduk pekan Ayer Hitam Warga emas berusia 65 tahun itu yang ditemui Bernama pada majlis penyerahan cermin mata menerusi program "Sayangi Warga Emas" peringkat DUN Semarang, memberi contoh Samsol Bari sebagai seorang wakil rakyat yang sentiasa peka dengan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum.

"Walau seremeh mana masalah yang dibawa pengundi, beliau akan memastikan perkara tersebut diselesaikan," katanya.

Chye berkata beliau yakin pandangannya itu dikongsi seluruh pengundi Cina di kawasan Semarang kerana mereka mahu kebajikan mereka terjaga sekalipun mereka merangkumi hanya 20 peratus daripada keseluruhan pengundi di situ.

Beliau berkata Samsol Bari adalah wakil rakyat yang mesra rakyat dan mudah didekati oleh sesiapa juga.

Ketua Masyarakat Cina Kampung Baru Ayer Hitam, Lau Kim Huat, berkata Samsol Bari yang merupakan wakil rakyat di situ selama dua penggal, banyak membantu rakyat di kawasan berkenaan.

"Ini yang dimahukan oleh rakyat. Kalau boleh kita mahu wakil rakyat yang sentiasa dekat dengan rakyat dan bersedia bila rakyat ada masalah," katanya.

Lau, 62, turut memuji kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkannnya begitu mesra rakyat.

"Kerajaan sekarang banyak bantu rakyat, bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia, bagi bantuan cermin mata dekat warga emas, jadi tiada sebab untuk kami di sini tidak sokong kerajaan," katanya.

Samsol Bari yang juga Ketua Penerangan Umno Johor, berkata pada asasnya penduduk di Semarang tidak banyak kerenah dan mudah dijaga.

"Apa juga yang mereka minta seperti lampu jalan, baiki jalan dan sebagainya saya akan cuba penuhi," katanya.

Untuk program pemberian cermin mata, beliau berkata pejabat DUN Semarang telah membelanjakan RM100,000.

"Mengikut perancangan, kita menyasarkan 1,000 orang warga emas akan mendapat manfaat daripada enam program ini.

"Namun sehingga siri kelima hari ini bajet itu telah habis digunakan kerana ia mendapat sambutan yang amat baik," katanya.

Samsol Bari berkata belkiau berharap program itu dapat diperluaskan kepada pelajar sekolah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan