Malaysia, UK Sasar Dagangan Bernilai RM 38 Bilion Menjelang 2016

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia dan United Kingdom (UK) menyasar menggandakan perdagangan dua hala menjelang 2016, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Khamis.

Tahun lepas, UK merupakan rakan dagangan keempat terbesar Malaysia di kalangan negara-negara Kesatuan Eropah dengan jumlah perdagangan RM13.03 bilion (US$4.23 bilion) manakala Malaysia merupakan rakan dagangan kedua terbesar UK di Asean.

Najib berkata demikian kepada pemberita di sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatannya dari UK, David Cameron, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini.

Sementara itu Cameron berkata perdagangan antara kedua-dua negara dijangka mencecah lapan bilion pound (kira-kira RM39.16 bilion) menjelang 2016.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kedua-dua pihak turut membincangkan beberapa keperluan khusus dalam perdagangan runcit. "Beberapa organisasi perniagaan dan ekonomi mereka seperti Tesco dan Giant beroperasi di sini dan mereka merupakan ciri-ciri penting perdagangan runcit kita. "Mereka akan terus diberikan pertimbangan bagi pengembangan selanjutnya," katanya.

Mengenai minat syarikat Britain, Balfour Beatty Plc dalam laluan Ampang projek My Rapid Transit, Najib berkata: "Perkara itu masih dipertimbangkan tetapi kami melihat kemungkinan mencuba mencari penyelesaian kreatif."

Sementara itu, Cameron menyifatkan Malaysia sebagai peserta utama sebenar dan berpengaruh di rantau ini, Komanwel dan menjangkaui darinya.

"Anda memainkan peranan lebih besar dalam memacu kemajuan," katanya.

Menurut Cameron, 150,000 rakyat Malaysia bekerja bagi syarikat Britain manakala projek pelaburan Malaysia telah mewujudkan beratus-ratus peluang pekerjaan baharu di negara itu dalam dekad lepas.

"Rakyat Malaysia hari ini memiliki beberapa syarikat British termasuk kelab bola sepak seperti Queens Park Rangers dan Cardiff City Football Club.

"Namun, meskipun perkembangan ini, ini merupakan kali pertama Perdana Menteri Britain datang ke Malaysia dalam tempoh hampir 20 tahun.

"Mesej saya hari ini sangat mudah, Britain telah kembali...kembali untuk menjalankan perniagaan dengan Malaysia, kembali untuk membangunkan perkongsian kami bagi isu-isu penting global," katanya.

Menyentuh mengenai perdagangan dan pelaburan, Cameron berkata: "Hasrat kami mudah, untuk mencapai perubahan besar dalam perdagangan dan pelaburan Britain dengan Malaysia. "Saya datang hari ini dengan delegasi perniagaan yang besar dan saya gembira kami telahpun melihat beberapa janji niaga baharu hari ini," katanya.

Britain merupakan pelabur ketiga terbesar di Malaysia di kalangan negara Eropah, selepas Jerman dan Belanda.

Malaysia ialah rakan dagangan ke-35 terbesar Britain bagi barangan dan yang ke-38 terbesar bagi perkhidmatan.

Pada 2010, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Britain berjumlah lebih RM13 bilion.

Kunjungan Cameron itu mendahului lawatan Pasangan Diraja Britain Putera William dan Puteri Katherine, yang akan melawat Johor pada September sebagai sebahagian daripada kunjungan mereka ke beberapa negara bersempena dengan sambutan jubli berlian Ratu Elizabeth II. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan