Kerajaan Kaji Tingkat Taraf Mahkamah Syariah - Jamil Khir

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Kerajaan sedang mengkaji untuk meningkatkan taraf sistem perundangan syariah negara ini dengan menambah peringkat mahkamah syariah daripada tiga kepada lima setaraf dengan sistem mahkamah sivil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata langkah itu juga bagi memperkasakan lagi perundangan syariah di negara ini.

"Mahkamah syariah yang ditubuhkan sejak 1998 ketika ini hanya mempunyai tiga peringkat iaitu mahkamah rendah syariah, mahkamah tinggi syariah dan mahkamah rayuan syariah, sedangkan mahkamah sivil mempunyai lima peringkat. "Maka sebab itu, kita kini sedang berusaha untuk melakukan perubahan dengan meneliti selain mendapatkan persetujuan di peringkat negeri terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Penyelarasan Penguatkuasaan Fatwa Malaysia di sini, Khamis.

Jamil Khir berkata bagi merealisasikan hasrat itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dipertanggungjawab meneliti dan mengkaji cadangan tersebut yang telah dipersetujui Pejabat Peguam Negara, sebelum dapat dilaksanakan. "Jakim juga telah menjalankan jelajah ke lima buah negeri bagi mengadakan perbincangan berhubung perkara tersebut iaitu ke Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan dan Sarawak berkenaan hal ini dan akan meneruskannya ke beberapa buah negeri," katanya.

Sementara itu, Jamil Khir berkata pihaknya sedang giat menjalankan usaha untuk menyelaras pewartaan fatwa di semua negeri bagi membolehkan undang-undang syariah dijalankan dengan lebih sempurna, efisen dan selaras.

Katanya langkah itu dapat mengelakkan perselisihan dan persoalan yang timbul apabila penguatkusaan atau pendakwaan dijalankan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan