Jadual Penerbangan Malaysia Airlines Kembali Seperti Biasa - Berita Semasa | mStar

Jadual Penerbangan Malaysia Airlines Kembali Seperti Biasa

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menyambung semula penerbangan dua kali seharinya ke Phuket, Khamis, serta mengekalkan jadual asal perkhidmatannya ke beberapa bandar raya seperti Colombo, Chennai dan Male.

Dalam kenyataan di sini, syarikat penerbangan itu berkata penumpang penerbangan MH790 ke Kuala Lumpur dan penerbangan MH791 Phuket/Kuala Lumpur, yang dibatalkan semalam berikutan penutupan lapangan terbang Phuket, dibawa dengan penerbangan MH786/787 hari ini, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 9.30 pagi dan ke Phuket pada 10.45 pagi.

Bagi tujuan itu, Malaysia Airlines menggantikan pesawat asal dengan pesawat Airbus A330 untuk penerbangan MH786/787. Walaupun amaran tsunami ditarik balik, Malaysia Airlines akan terus memantau keadaan dan memaklumkan kepada pelanggan tentang perkembangan terkini.

Malaysia Airlines menasihati pelanggannya menyemak status penerbangan dengan menghubungi Pusat Panggilan 24 Jam (1300 88 3000 untuk panggilan dari Malaysia dan +603 7843 3000 untuk panggilan dari luar Malaysia) dan melalui laman web http:/www,malaysiaairlines.com/my/en/book-and-plan/flight-status.html - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan