Gempa Di Aceh: Pulau Pinang Turut Bergegar

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gegaran akibat gempa bumi kuat berukuran 8.7 magnitud menggegar Aceh, Sumatera Utara Indonesia pada petang Rabu turut mencetuskan panik di kalangan penduduk di Pulau Pinang.

Dua gegaran dirasai sekitar George Town, Balik Pulau, Bayan Lepas, Batu Feringghi, Teluk Bahang, Seberang Jaya, Bukit Mertajam, Kepala Batas dan Nibong Tebal.

Menurut seorang penduduk di Taman Pauh Jaya, Seberang Perai, Datuk Abdul Rahman Abd Kader, penduduk-penduduk di kawasan perumahan itu bergegas ke luar rumah selepas merasai gegaran itu selama seminit.

"Walaupun Pulau Pinang pernah dilanda gegaran, ini merupakan kali pertama saya merasai sendiri pengalaman ini.

"Ketika sedang duduk membaca akhbar, tiba-tiba saya rasakan rumah bergoyang dan terdengar bunyi cermin rumah bergegar," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Bekas pesara kerajaan berusia 72 tahun itu terus mendapatkan isterinya yang ketika itu sedang solat sebelum keluar rumah untuk menyelamatkan diri.

Beliau bagaimanapun dapat menjangka gegaran itu mungkin berpunca daripada gempa bumi yang melanda negara jiran seperti yang berlaku sebelum ini.

"Apa-apa pun saya mendoakan agar semua penduduk di Aceh dijauhkan daripada sebarang bencana buruk," katanya.

Abdul Rahman turut menasihatkan rakyat di negara ini supaya berwaspada dan menjauhi kawasan berhampiran pantai selepas amaran tsunami dikeluarkan.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar pusat bandar mendapati orang ramai yang berada di pusat beli belah seperti Komtar, Prangin Mall dan 1st Avenue bertindak mengosongkan premis apabila merasai gegaran selama lima minit itu.

Beberapa premis menghentikan operasi buat seketika sebagai langkah berjaga-jaga dan kembali membuka perniagaan selepas tidak ada gegaran.

Tinjauan di Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi pula mendapati anggota keselamatan iaitu polis serta bomba menjalankan rondaan manakala kawasan pantai lengang.

Di Seberang Jaya, ribuan pengunjung pusat beli belah Sunway Carnival bergegas keluar selepas loceng kecemasan dibunyikan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan