Gempa Aceh: Pengalaman Penghuni Tempat Tinggi Rasai Gegaran

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mereka yang tinggal di bangunan bertingkat tinggi lari daripada unit masing-masing kerana merasakan gegaran dari gempa bumi magnitud 8.6 yang dahsyat di perairan barat Sumatera.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata mereka menerima banyak panggilan daripada orang ramai.

"Kira-kira 4.00 petang, kami diberitahu bahawa terdapat gegaran di sebuah kondominium di Cheras, di Hospital Tengku Ampuan Afzan di Pahang, kuarters kerajaan di Cameron Highlands dan Presint 16 Putrajaya," katanya, Rabu.

Beliau berkata tiada insiden orang terperangkap dalam bangunan.

Kira-kira 400 pelajar di Kolej Universiti Mahsa di Jalan Elmu di sini bergegas keluar dari bilik mereka selepas merasakan bangunan bergegar.

Pelajar NM Thamayanthi, 25, berkata dia sedang tidur dan terpaksa bangun dari tidurnya apabila dia berasa katilnya bergoncang.

"Pada mulanya, saya fikir ia datanya dari kerja-kerja pembinaan berhampiran bangunan kami tetapi saya panik apabila melihat perabot bergerak," katanya.

Di Johor, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Datuk Ab Ghani Daud berkata pihaknya menerima panggilan mengenai gegaran terutamanya pada bangunan-bangunan tinggi di Johor Baru dan Batu Pahat.

Beliau berkata, panggilan pertama jabatan adalah kira-kira pukul 5.00 petang dari beberapa lokasi di bandar dan Batu Pahat tetapi tidak ada kerosakan dilaporkan.

"Walau bagaimanapun, saya telah mengarahkan pasukan saya untuk berada dalam keadaan bersedia terhadap gempa susulan yang mungkin menyebabkan kerosakan bangunan," katanya.

Gegaran turut dirasai di Ipoh, Beruas dan Taiping.

Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata beliau merasakan gegaran selama beberapa minit semasa menghadiri ceramah politik di Pengkalan Baru di Beruas pada pukul 4.43.

Di Pulau Pinang, pusat membeli-belah ditutup awal selepas digemparkan oleh gegaran.

Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya telah ditutup pada pukul 7.00 petang, 1st Avenue Mall memadamkan lampunya dan pintu utama ditutup pada kira-kira pukul 8.00 malam, manakala Gurney Plaza menutup lampu dan pintu pukul 7.45 malam.

Kedai-kedai di Straits Quay juga ditutup awal manakala hotel di sepanjang Batu Feringghi meletakkan keadaan berjaga-jaga selepas amaran tsunami dikeluarkan.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang Mary Ann Harris berkata tetamu hotel telah dinasihatkan untuk menunggu di luar pantai.

Seorang jurucakap Jambatan Pulau Pinang Sdn Bhd berkata jambatan kekal dibuka pada Rabu.

Penduduk di Irama Villa Apartments terkejut apabila mendapati keretakan di dalam bangunan mereka di Lintang P. Ramlee berikutan gegaran.

Kira-kira 500 penduduk telah diminta mengosongkan blok apartmen selepas ahli jawatankuasa persatuan penduduk memaklumkannya kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat tentang keretakan.

Pengerusinya Zefree Zainol berkata seorang penduduk telah memberitahu ahli jawatankuasa pada kira-kira pukul 6.45 petang apabila menemui keretakan sepanjang kira-kira satu meter di kawasan tempat letak kereta di tingkat ketiga.

Mereka dibenarkan kembali ke unit masing-masing selepas pemeriksaan dilakukan oleh bomba.

Di KEDAH, kira-kira 1,000 penduduk di lima kampung di Kota Kuala Muda telah diarahkan meninggalkan rumah mereka pada pukul 5.30 petang berikutan amaran tsunami dikeluarkan.

Kampung-kampung itu termasuklah Kampung Masjid, Kampung Padang Salim, Kampung Keda Tebing Sungai, Kampung Tebing Sungai dan Kampung Kepala Jalan teruk yang dilanda tsunami pada 2004.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan