Gaji Minimum: Kerajaan Hanya Umum Keputusan Dan Saranan NWCC - Dr S.Subramaniam - Berita Semasa | mStar

Gaji Minimum: Kerajaan Hanya Umum Keputusan Dan Saranan NWCC - Dr S.Subramaniam

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Khamis menegaskan semua keputusan bersabit gaji minimum sektor swasta dibuat oleh Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan (NWCC) dan tugas kerajaan hanya mengumumkannya.

Justeru kata beliau, adalah tidak adil bagi pihak tertentu menuding jari kepada kerajaan kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara berhubung perkara tersebut yang akan diumum kerajaan bulan depan.

"Apa juga yang kita akan umumkan telah diputuskan dan disarankan oleh majlis itu kepada kerajaan," katanya pada sidang media, di sini.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan akan melaksanakan semua saranan NWCC secara berperingkat.

Dr Subramaniam mengulas tindakan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang berterusan mempertikaikan perkara tersebut walaupun pada asasnya kedua-dua pihak telah bersetuju mengenai kadar gaji minimum yang diputuskan.

Mengulas lanjut, beliau berkata keputusan itu bukan dibuat oleh kerajaan secara bersendirian kerana NWCC disertai semua pihak terbabit iaitu kerajaan, majikan dan pekerja.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan dasar baru termasuk kadar gaji minimum sektor swasta pada 1 Mei ini sempena sambutan Hari Pekerja. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan