Bimbang Tsunami : Tidak Ramai Nelayan Kedah Turun Ke Laut

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Keadaan jeti Seberang Kota dan Tandop di sini, Khamis lengang kerana ramai nelayan tidak turun ke laut berikutan gempa bumi yang melanda Aceh pada Rabu.

Seorang nelayan di jeti Seberang Kota, Mohd Azhar Ahmad, 27, berkata beliau tidak turun ke laut semalam kerana bimbang berlakunya kejadian tsunami tetapi kembali menangkap ikan hari ini kerana terpaksa bagi mendapatkan sumber pendapatan.

Katanya sepanjang empat jam menangkap ikan hari ini, keadaan laut tenang dan tidak bergelora tetapi tidak ramai nelayan yang turun ke laut.

"Namun hasil tangkapan tidak begitu banyak. Saya hanya mendapat ikan kembung kira-kira 15 kilogram sahaja. "Sepanjang saya berada di laut pagi tadi, kira-kira 10 bot nelayan sahaja yang keluar. Mungkin yang lain masih risau," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Khamis.

Romalah Hanapiah, 54, yang berniaga ikan di Tandop Kubang Rotan, berkata bekalan ikan untuk hari ini sangat sedikit iaitu 10 kg berbanding 200kg hingga 300kg pada hari-hari biasa.

Penyelia jeti Seberang Kota, Ahmad Hashim, 63, berkata selalunya jeti itu dibuka sehingga pukul 1 tengah hari tetapi hari ini banyak gerai ikan tutup awal kerana hasil tangkapan tidak banyak.

"Mungkin petang ini nelayan akan ke laut seperti biasa memandang keadaan cuaca juga semakin baik," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan