1,000 Penduduk Kota Kuala Muda Tinggalkan Rumah Susulan Gegaran

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Kira-kira 1,000 penduduk dari lima kampung di persisir pantai Kota Kuala Muda di sini meninggalkan rumah masing-masing menuju ke Dewan Serbaguna Tunku Intan Shafinaz di kawasan berdekatan sebagai langkah keselamatan menghadapi kemungkinan ancaman Tsunami.

Penduduk dari Kampung Tepi Sungai, Kampung Masjid, Kampung Padang Salim, Kampung Keda Tepi Sungai dan Kampung Kepala Jalan mula meninggalkan rumah masing-masing kira-kira jam 5.30 petang Rabu selepas mendapat arahan pihak berkuasa.

Kebanyakan penduduk mendakwa mereka bertindak demikian sebagai langkah keselamatan berikutan merasai gegaran selama 20 saat susulan gempa bumi berukuran 8.7 skala Richter di Aceh, Sumatera Utara Indonesia petang Rabu.

Lima kampung tersebut yang terletak di pesisir pantai Kota Kuala Muda pernah dilanda Tsunami pada 2004.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan