Survival Raja Terletak Pada Sejauh Mana Rakyat Mendukung Sistem Raja Berperlembagaan

Diterbitkan: Rabu, 11 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata survival seseorang Yang di-Pertuan Agong dan Raja terletak kepada setakat mana rakyat mendukung sistem Raja Berperlembagaan.

Beliau berkata walaupun seseorang raja tidak akan dianggap terlibat dengan politik atau siasah, baginda pada sesuatu masa perlu memegang peranan tanpa rasa gentar untuk mendokong aspirasi Raja Berperlembagaan, sungguh pun pernyataan itu dilihat sebagai kata-kata politik.

Memberikan contoh bagaimana seseorang raja perlu memikirkan dan melontarkan pandangan bagaimana rakyat harus berjaya dalam ekonomi, Rais, yang juga seorang pengamal undang-undang berkata walaupun pandangan itu selari dengan aspirasi sesebuah kerajaan, baginda perlu menyarankannya tanpa perasaan bimbang.

"Bagi seseorang sultan yang memikirkan bagaimana rakyatnya harus berjaya dalam ekonomi, ini walaupun jadi kata-kata dalam politik, harus tidak ditakuti oleh sultan dan terus menjaganya.

"Misalnya dalam Perlembagaan Negara, Perkara 153, menuntut supaya hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di samping menjaga hak-hak yang sah di sisi undang-undang bagi komuniti lain, dijamin oleh Yang di-Pertuan Agong. Baginda harus pegang itu sebagai satu gantang emas yang bernilai," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Hello Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen BernamaTV di sini, malam Selasa.

Rais berkata sebagai seorang ketua negara atau negeri, baginda harus memegang peranan bagaimana survival bangsanya, negaranya harus terus utuh, yang mana dalam amalan harian boleh menjadi isu politik.

Berhubung pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta, Rabu, beliau berkata pertabalan itu akan memastikan Malaysia mengamalkan sistem berpaksikan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen akan terus kukuh, sejajar dengan keadilan sosial yang diamalkan.

Beliau berkata melihat kepada apa yang diterjemahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbirannya, beliau yakin keadilan sosial yang diperjuangkan Najib akan dapat diisi dengan sempurna di bawah payung pemerintahan Tuanku Abdul Halim.

Bagi memastikan keadaan itu berjalan lancar, beliau berkata pihak diraja juga harus dapat menerima beberapa perubahan dan melihatkan langkah-langkah kedirajaannya itu berubah yang membawa kepada penerimaan sosial kemasyarakatan yang kuat.

"Jika ini dapat dipegang, maka sistem beraja itu ada konotasi rakyatnya dan rakyat akan menghormati, bukan sebab tradisi tetapi ia memegahkan, meninggikan dan mengekalkan kedaulatan negara," katanya.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mencatat sejarah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua esok, setelah pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84 tahun.

Sementara itu, ketika ditemu pemberita selepas program berkenaaan, Rais mencadangkan beberapa perkara dalam Perlembagaan negara terutamanya mengenai konsep Raja Berperlembagaan diajar secara asas kepada rakyat Malaysia.

"Amat baik sekiranya beberapa beberapa perkara dalam peruntukan Perlembagaan diajar di sekolah, dan dalam kursus sivik termasuk kepada kepada badan bukan kerajaan.

"Sepatutnya perlembagaan diajar secara asas dan sebagai contoh ketika peringkat sekolah menengah, dalam kursus perkhidmatan awam dan juga lain-lain," katanya sambil menekan pentingnya institusi diraja sebagai penyatu rakyat.

Beliau berkata institusi diraja juga merupakan asas kepada kenegaraaan Malaysia yang turut memberi asas kepada tamadun negara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan