Proses Pemutihan 6P Berakhir - KDN

Diterbitkan: Rabu, 11 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan proses Pemutihan Program 6P tidak akan dilanjutkan lagi setelah berakhir pada 6 petang Selasa.

Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam berkata sehubungan itu, lapan pusat pemutihan yang beroperasi di seluruh negara ditutup serta-merta mulai Rabu.

Pusat pemutihan berkenaan ialah Ibu Pejabat Imigresen, Ibu Pejabat Pendaftaran Negara, dan Pejabat Imigresen (Cawangan Pasport) Presint Diplomatik di Putrajaya, Kompleks KDN Jalan Duta dan Taman Setia Tropika, Johor Bahru, Pejabat Imigresen Cawangan Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang, serta Kompleks Mini KDN Negeri Pahang.

"Semua permohonan proses pemutihan, pertukaran majikan, permohonan ID, permohonan makluman kepada Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi dan permohonan mengemas kini data pendatang tanpa izin (PATI) akan diberhentikan serta-merta pada Rabu," katanya dalam satu kenyataan Selasa.

Bagi majikan yang telah membuat temu janji sebelum tarikh hari ini (Selasa), Mahmood berkata mereka dikecualikan daripada penamatan proses pemutihan itu dan boleh meneruskan urusan di Pusat Kelulusan Setempat, Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Aras 4, Blok D9, Kompleks D, Putrajaya mulai Khamis.

Mahmood berkata sehingga Selasa, Program 6P telah memutihkan 393,358 PATI untuk bekerja dengan 76,195 majikan di pelbagai sektor seperti perkilangan, perkhidmatan, pembinaan, perladangan dan pertanian.

"Seramai 127,503, PATI telah diampunkan dan memilih untuk pulang ke negara masing-masing, dan daripada jumlah itu, seramai 96,044 orang memilih jalan udara, 30,894 memilih jalan laut dan 403 menggunakan jalan darat," katanya.

Beliau berkata semasa tempoh pemutihan, kemasukan pekerja asing baru ditangguhkan sementara, bagaimanapun, disebabkan keperluan yang begitu mendesak, kerajaan bersetuju membenarkan pengambilan pekerja asing baru.

"Sehingga hari ini, sebanyak 1,994 permohonan diterima untuk mendapatkan 734,030 pekerja asing dan daripada jumlah itu, Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Permohonan Pekerja Asing KDN (Jarpak) telah memperakukan 1,713 permohonan melibatkan 177,108 pekerja asing baru," katanya.

Mahmood berkata setelah proses pemutihan Program 6P berakhir pada Selasa, KDN akan membuka semula permohonan bagi mendapatkan pekerja asing baru dan semua permohonan boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Pekerja Asing KDN.

Dalam perkembangan lain, Mahmood berkata kerajaan memperoleh levi berjumlah RM 1.53 bilion yang melibatkan 957,461 Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan 265,490 PATI daripada 48,770 permohonan mulai 1 September 2011 sehingga ke hari ini.

"Ia merangkumi pelbagai sektor seperti pembinaan, perkhidmatan, perkilangan, perladangan dan pertanian," katanya.

Beliau berkata mulai 20 Oktober 2011 sehingga hari ini, sebanyak 3,238 operasi dilaksanakan melibatkan 17,232 pegawai dan seramai 63,849 orang telah diperiksa manakala 265 majikan serta 8,908 PATI ditangkap.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 46 majikan dan 1,323 PATI telah didakwa, 92 majikan dan 621 PATI telah dikompaun, 20 majikan dan 2,100 PATI masih dalam siasatan, 1,558 PATI telah diusir, 154 PATI merupakan mangsa anti pemerdagangan orang dan 107 majikan dan 3,152 PATI telah dibebaskan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan