Pembentangan Rang Undang-Undang, Transformasi Besar Perundangan Keselamatan Negara

Diterbitkan: Rabu, 11 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembentangan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan transformasi besar terhadap perundangan keselamatan negara, kata Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata rang undang-undang tersebut menunjukkan sikap keprihatinan kerajaan.

"Ini adalah usaha kerajaan untuk membendung kegiatan keganasan tanpa mengaitkannya dengan pandangan politik semata-mata.

"Penggubalan ini memperuntukkan mekanisme undang-undang yang terbaik untuk menjaga keselamatan negara selain mengelak daripada sebarang penyalahgunaan kuasa pihak tertentu," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Rosnah berkata peruntukan seperti penahanan tidak melebihi 28 hari, hak orang yang disyaki untuk memohon ikat jamin serta hak mendapatkan semakan kehakiman termasuk 'habeas corpus' menjadikan rang undang-undang tersebut mencapai matlamat dan tidak mengabaikan hak asasi manusia.

"Penubuhan jawatankuasa untuk mengawal selia pelaksanaan rang undang-undang tersebut akan dicadangkan sebagai jaminan akta baru yang digubal itu tanpa motif peribadi atau politik malah untuk memastikan keselamatan negara dan rakyat terpelihara," katanya.

Pada Selasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz membentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bertujuan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan