MKN Arah Penduduk Kuala Muda Jauhi Kawasan Pantai, Bukan Berpindah

Diterbitkan: Rabu, 11 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) malam Rabu hanya mengarahkan penduduk di kawasan Kuala Muda menjauhi kawasan pantai bukan meminta mereka berpindah.

Pengarah MKN Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab berkata arahan itu yang dikeluarkan oleh MKN berikutan potensi berlaku tsunami susulan gempa bumi kuat di Aceh, Indonesia petang Rabu telah disalah faham penduduk tempatan.

Daripada pemantauan MKN melalui satelit mendapati ramai penduduk di kawasan itu bersama anak-anak mereka telah turun ke pantai setelah pihak berkuasa mengeluarkan "tsunami alert" (amaran tsunami) di kawasan tersebut.

Tindakan penduduk kawasan itu turun ke kawasan pantai beramai-ramai boleh membahayakan diri mereka berikutan amaran Jabatan Meteorologi Malaysia yang gempa bumi tersebut berpotensi mengakibatkan berlaku tsunami di kawasan pantai di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak, katanya kepada Bernama di sini.

Mohamed Tajudeen berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa penduduk di situ dimaklumkan mereka telah diarahkan berpindah berikutan kemungkinan tsunami akan melanda kawasan itu.

Gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter itu dilapor berlaku pada pukul 4.30 petang waktu Malaysia dan gegarannya turut dirasai di beberapa negeri di Semenanjung.

Sementara itu di ALOR SETAR, imam Taman Permatang Katong, kawasan penempatan berhampiran kawasan Kuala Muda, Shukri Ismail berkata beliau mendapat maklumat dari mulut ke mulut bahawa pihak berkuasa mengarahkan mereka berpindah selewatnya petang Rabu.

Guru Sekolah Menengah Kota itu berkata beliau dimaklumkan bahawa yang diarahkan berpindah termasuk penduduk Kampung Kepala Jalan, Keda, Tepi Sungai, Hujong Matang, Mata, Masjid dan beberapa kampung lagi.

Katanya mereka merasai gegaran selama hampir tiga minit semasa sedang menunggu untuk menunaikan solat Asar di surau kampung berkenaan.

"Selepas menunaikan solat kami beramai-ramai ke tepi pantai untuk melihat keadan laut. Bagaimanapun ramai penduduk yang tinggal berhampiran pantai telah berpindah," katanya.

Ketika kejadian tsunami 2004, lapan penduduk kawasan itu maut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan