Undang-Undang Baru Ganti ISA

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Keselamatan Kesalahan (Penilaian Khas) akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau akan memberikan penjelasan lanjut mengenainya selepas akta berkenaan dibentangka di Parlimen pada hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan pemansuhan ISA dan mengumumkan beberapa perubahan terhadap akta keselamatan dalam ucapannya semepena sambutan Hari Malaysia, 15 September tahun lalu.

Najib turut mengumumkan pemansuhan Akta Darurat dan beberapa pembaharuan lesen industri penerbitan dan percetakan di negara ini.

Difahamkan Rang Undang-Undang tersebut akan memansuhkan secara drastic tempoh penahanan suspke dan akan membenarkan semakan kehakiman dibuat ke atas penangkapan dan penahanan suspek di bawah peruntukan undang-undang tersebut.

Memetik sumber sebagai berkata, akta tersebut akan memfokuskan kepada bagaimana untuk mengenalpasti serta menangkap pengganas, pengintipan dan ancaman terhadap keselamatan negara.

Selain itu, pasukan polis juga akan diberikan tempoh kurang daripada sebulan untuk menahan seorang suspek tanpa perbicaraan. Selepas tempoh tersebut berakhir, suspek mesti didakwa atau dibebaskan.

Menurut sumber tersebut, di bawah peruntukan undang-undang baru itu turut menyatakan secara khusus bahawa tiada siapa akan ditahan kerana fahaman politik masing-masing seperti yang dijanjikan oleh Najib dalam ucapannya pada 15 September lalu

Malaysia turut melihat kepada akta keselamatan di beberapa negara seperti, Akta Pencegahan Pengganas di Britain pada 2005, dan Akta Patriot di Amerika Syarikat, di mana kedua-dua akta berkenaan diluluskan selepas serangan pengganas di New York dan Washington DC pada 11 September.

Akta ISA yang diperkenalkan pada 1960 adalah bagi mengatasi pemberontakan bersenjata oleh Parti Komunis Malaysia dengan memberi kuasa kepada pihak polis.

Di bawah ISA, polis boleh menahan seorang suspek sehingga tempoh dua tahun dengan mendapat persetujuan daripada Menteri Dalam Negeri.

Najib turut menunaikan janjinya selepas Parlimen meluluskan satu usul November lalu, antara perkara yang dimansuhkan termasuk akta buang negeri dan akta kediaman terhad yang mana kedua-dua akta berkenaan telah berusia lebih 40 tahun.

Dengan pemansuhan tersebut, kuasa terhadap pihak polis di bawah Undang-Undang Darurat ditarik

Pengisytiharan darurat diumumkan oleh Yang diPertuan Agong pada 15 Mei 1969 ekoran daripada rusuhan kaum terburuk pada 13 Mei.

Pada 14 September 1966 dan 8 November 1977 pengisytiharan darurat turut diumumkan oleh Yang diPertuan Agong bagi menyelesaikan pertikaian politik yang berlaku di Sarawak dan Kelatan.

Kerajaan turut meluluskan Akta Perhimpunan Aman yang membenarkan orang ramai berkumpul dan melarang pihak polis menghalang perhimpunan tersebut tanpa alasan yang munasabah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan