Projek MRT: PM Jamin Tiada Bangunan Di Jalan Sultan Akan Dirobohkan

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kepada pengikutnya di laman Twitter dan Facebook bahawa tiada bangunan akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT) di Jalan Sultan.

"Saya beri jaminan bahawa tiada bangunan di Jalan Sultan akan dirobohkan bagi projek MRT. Ia akan diwartakan sebagai bangunan warisan," katanya.

Najib mengulangi komen yang ditulisnya ketika rancangan bual bicara Chat Time with Najib yang disiarkan secara langsung di NTV7, Isnin lalu.

Dalam rancangan itu, Najib turut menyangkal dakwaan bahawa bangunan di Jalan Sultan akan diambil alih daripada pemiliknya untuk projek MRT.

"Saya boleh memberi jaminan bahawa kami tidak akan mengambil alih tanah tersebut.

"Kami hanya mahu kebenaran bagi membina terowong di bawah bangunan mereka dan memberi jaminan bahawa tiada bangunan akan terjejas.

"Kami akan mewartakan ia sebagai bangunan warisan dan mengukuhkan penstrukturan bangunan tersebut," katanya dalam temu bual selama 90 minit itu.

Najib turut memberi jaminan kepada sekolah vernakular Cina.

"Sekolah vernakular cina adalah sebahagian daripada pelengkap sistem pendidikan di negara ini.

"Sekolah-sekolah ini akan kekal seperti sedia kala, saya beri jaminan," katanya.

Dalam Twitternya, Najib turut mengumumkan bahawa rang undang-undang baru menggantikan ISA akan dibincangkan di Parlimen seperti yang dijanjikan pada 15 September lalu," katanya merujuk kepada Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan