Pesawat Airbus Military A400M Lawat Malaysia Mulai Sabtu - Berita Semasa | mStar

Pesawat Airbus Military A400M Lawat Malaysia Mulai Sabtu

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pesawat pengangkut generasi baru, Airbus Military A400M, akan melawat Malaysia selama empat hari bermula Sabtu ini.

Menurut satu kenyataan Airbus Military, Malaysia adalah hentian pertama dan paling lama dalam lawatan sulung pesawat itu ke Asia dari 14 hingga 20 April.

"Melalui lawatan itu, buat pertama kalinya A400M dapat dilihat di Asia dan akan memberi kesempatan kepada kerajaan dan Tentera Udara Diraja Malaysia untuk melihatnya secara langsung," menurut kenyataan itu.

Menurut Airbus Military, kerajaan Malaysia menempah empat buah pesawat berkenaan selain beberapa negara lain yang telah berbuat demikian lebih awal seperti Belgium, Perancis, Jerman, Luxembourg, Sepanyol, Turki dan United Kingdom.

Selepas Malaysia, lawatan A400M itu diteruskan ke Jakarta, Indonesia serta Chiang Mai dan Bangkok di Thailand sebelum pulang ke Eropah.

Lawatan itu akan memperkenalkan Grizzly 4 iaitu satu daripada lima model pesawat berkenaan.

Airbus Military adalah pengeluar pesawat pengangkutan ketenteraan dan sivil yang membentuk, mengeluar, menjual dan menyediakan khidmat sokongan untuk barisan menyeluruh pesawat pengangkut udara mencakupi bebanan tiga hingga 45 tan.

Ia merupakan anak syarikat pembuat pesawat terkemuka, Airbus. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan