Pengundi Bertanggungjawab Terhadap Undi Yang Dibuat Ketika PRU - Nik Aziz

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pengundi bertanggungjawab di dunia dan akhirat terhadap undi yang dibuat pada pilihan raya umum.

Dalam entri terbaru laman sosial Twitternya, Nik Aziz yang baru sahaja dibenarkan keluar selepas menerima rawatan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian berkta pengundi harus prihatin kerana ‘setiap perbuatan walau sebesar zarah sekali pun akan disoal.’

"Apatah lagi tangan yang memangkah kertas undi untuk memilih pemimpin mereka,” katanya.

Nik Aziz berkata sesiapa sahaja yang menang dan berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya, para pegundi yang akan menerima saham kejahatan, kekejaman atau maksiat yang dilakukan oleh pihak yang menang disebabkan undi yang diberikan kepada mereka.

Dalam isu ini, beliau menggesa pengundi supaya membuat keputusan yang bijak agar mereka tidak menyesal kerana, ‘jika mereka merayu atau menangis air mata darah sekalipun’ keadaan tidak akan berubah.

Nik Aziz dikejarkan ke unit rawatan jantung HUSM selepas mengadu sakit sebaik sahaja mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri Rabu lalu.

Setiausaha Sulit Kanannya, Ahmad Shargowi Derahman berkata doktor telah menasihatkan agar Menteri Besar Kelatan berehat sehingga beliau sembuh.

Sementara itu, anak lelaki beliau, Nik Abduh Nik Aziz berkata ayahnya telah dibenarkan keluar daripada hospital.

“Beliau sihat dan gembira. Alhamdulillah,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan