Pembangkang Hanya Tahu Berjanji Tanpa Fikirkan Kesan Kepada Negara - Shafie

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang hanya tahu menabur janji manis dan sekadar mahu mengaburi mata rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada negara kelak, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menyifatkan janji-janji pembangkang hanya gimik untuk meraih undi semata-mata, Shafie berkata janji-janji seperti menghapuskan kutipan tol, memberikan gaji minimum RM4,000 sebulan dan menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak realistik.

"Bukan mudah untuk kita mengurus tadbir wang negara ini kerana ia memerlukan keseimbangan bagi mengimbangi keperluan negara seperti membina jalan raya, memberi tajaan biasiswa kepada pelajar dan menyediakan kemudahan infrastruktur lain untuk kegunaan rakyat.

"Janji macam-macam tapi apa yang penting kita lihat mereka tidak mampu serta tidak pernah tunaikan... lihat sahaja di Kelantan, pembangkang sudah memerintah lebih 20 tahun lebih namun kemudahan asas masih banyak lagi bergantung kepada kerajaan pusat," katanya.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Tadbir Urus Korporat Majlis Amanah Rakyat (MARA) di sini, Selasa.

Beliau berkata rakyat seharusnya bijak menilai dan mengukur pencapaian kerajaan Barisan Nasional dengan pakatan pembangkang.

"Kejayaan manusia ini jangan diukur daripada ucapan dan ungkapan janji semata-mata sahaja, tetapi kebenaran dan hasil daripada perbuatannya itu penting," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata seminar anjuran MARA itu merupakan satu langkah proaktif dalam usaha membentuk agensi itu menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan maju.

"Saya melihat ada keperluan untuk memperluaskan program seumpama ini kepada seluruh agensi di bawah kementerian supaya elemen nilai murni seperti ketelusan, integriti dan akauntabiliti dapat diperluaskan dalam pengurusan kementerian secara keseluruhannya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan