Kerajaan Bentang Akta Baru Ganti ISA

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Selasa membentangkan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 bagi tujuan mengawal ketenteraman awam yang ditimbulkan oleh ancaman keganasan, sabotaj dan pengitipan.

Rang Undang-undang yang dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat itu juga bertujuan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Menerusi peruntukan akta yang dicadangkan, fasal empat memperuntukan kuasa khas kepada pegawai polis tanpa waran untuk menangkap dan menahan orang yang mempunyai sebab serta dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.

Orang berkenaan boleh ditahan dalam tempoh 24 jam bagi tujuan penyiasatan.

Cadangan Rang Undang-undang tersebut turut menyatakan kuasa pegawai polis berpangkat Penguasa Polis atau lebih tinggi untuk melanjutkan tempoh tahanan sehingga tidak lebih daripada 28 hari.

Bagaimanapun cadangan akta berkenaan turut menyatakan orang yang tidak ditahan lanjut boleh dipasang dengan peranti pengawasan elektronik bagi baki tempoh tahanan 28 hari itu.

Menerusi cadangan akta itu, ditegaskan bahawa orang yang ditahan hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera alasan penangkapannya oleh pegawai polis yang membuat tangkapan.

Malah tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politiknya.

Selain itu menerusi fasal lima akta tersebut membenarkan tahanan untuk memberitahu waris berhubung penahahannya selain dibenarkan untuk berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya.

Bagaimanapun hak untuk berunding dengan pengamal undang-undang tersebut boleh ditangguhkan sehingga tempoh 48 jam jika terdapat alasan munasabah bahawa perjalanan hak itu boleh menjejaskan keterangan yang berkaitan dengan kesalahan keselamatan itu.

Dalam pada itu dinyatakan dalam cadangan akta baru tersebut mengenai kuasa memintas komunikasi selain kuasa biasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya.

Menurut Rang Undang-undang itu, penguasa polis boleh memintas tanpa kebenaran dalam hal yang mendesak dan mendadak yang memerlukan tindakan segera.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan