Kemasukan Secara Online Ke Universiti Swasta Menerusi Easyuni.Com

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelajar kini boleh memilih sama ada memohon kemasukan ke universiti tempatan atau antarabangsa secara online berikutan pelancaran sebuah portal berhubung pengambilan dan kandungan pengajian tinggi.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata portal easyuni.com menyenaraikan lebih 34,000 kursus dan program dari 362 kolej serta universiti di lebih 20 negara.

"Portal ini menawarkan satu platform komprehensif dalam permohonan ke kolej dan universiti swasta tempatan serta antarabangsa untuk lepasan sekolah dan golongan dewasa yang bekerja.

"Mereka (pemohon) boleh mencari, membanding, menyenarai pendek serta memilih kolej atau universiti mengikut kedudukan dan menghantar permohonan secara percuma," katanya kepada pemberita selepas melancarkan portal pendidikan secara online milik syarikat berstatus MSC, Hescar Sdn Bhd di sini.

Antara universiti yang disenaraikan dalam portal itu Universiti Iskandariah di Mesir, Universiti Tasmania di Australia, Universiti British Columbia di Kanada, Akademi Fesyen Antarabangsa di Perancis (IFA), Universiti Lincoln di New Zealand dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Hescar Edwin Tay berkata portal itu, yang diwujudkan tahun lepas, menerima lebih 9,800 pelajar berdaftar yang berjaya ditempatkan di pelbagai universiti di seluruh dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan