Harta Benda Dan Tanah Di Jln Sultan Tidak Akan Diambil Daripada Pemilik - Najib

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Isnin menepis dakwaan yang harta benda dan tanah di Jalan Sultan akan diambil daripada pemilik untuk memberi laluan kepada pembinaan projek My Rapid Transit (MRT).

"Itu adalah tidak benar sama sekali. Saya boleh membuat jaminan yang mutlak yang kita tidak akan mengambil tanah mereka, kita tidak akan menguasai tanah mereka tetapi kita hanya mahu keizinan untuk melalui laluan di bawah tanah mereka.

"Dan, dalam proses itu, kita akan memastikan yang harta benda mereka tidak akan terjejas.

"Keduanya, kita akan mengisytiharkan harta benda mereka sebagai warisan sementara hartanah yang tidak begitu kukuh, secara strukturnya, kita akan mengambil tindakan dengan memperkuatkan pembinaannya.

"Jadi, kita berharap yang ini tidak akan mencetuskan sebarang kebimbangan yang para pemilik akan kehilangan harta benda yang amat bernilai dan berharga itu," kata beliau dalam temubual "Chat Time With Najib" selama 90 minit yang disiarkan secara langsung di NTV7.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan yang dilahirkan oleh para pemilik sekitar kawasan itu yang kerajaan akan mengambil tanah mereka bagi membiayai sebahagian daripada kos projek berkenaan.

Perdana menteri turut menghapuskan kebimbangan yang warta ke atas pengambilalihan tanah di Jalan Sultan belum lagi ditarik balik.

"Ia hanya menunggu masa sahaja untuk ditarik balik dan apa yang kita mahu ialah kerjasama mereka.

"Para pemilik telah menyatakan kepada saya yang mereka tidak membantah projek MRT.

"Mereka rasakan yang MRT adalah baik untuk mereka, baik untuk Kuala Lumpur dan untuk semua rakyat Malaysia, kalau tidak, kita semua akan berhadapan dengan masalah kesesakan trafik yang teruk dan ia akan menjadi lebih dasyat di masa akan datang.

"Jika kita mahu KL menjadi bandaraya moden dan berkelas dunia bagi menarik bakat dan memastikan kualiti hidup, maka antara langkahnya ialah mempunyai sistem pengangkutan awam yang mampu dan cekap.

Projek MRT ialah projek prasarana awam terbesar negara dan ia merupakan pemboleh utama dalam mencapai matlamat Greater KL dan seterusnya menjadikan Kuala Lumpur antara 20 bandaraya yang paling sesuai didiami dan rancak secara ekonominya di dunia menjelang 2020. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan