Cadangan Hapus PTPTN Pamer Sikap Tidak Bertanggungjawab Pembangkang - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Cadangan pembangkang mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) sekiranya memenangi pilihan raya umum akan datang mempamerkan sikap tidak bertanggungjawab pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata cadangan itu sekiranya dilaksanakan akan hanya menimbulkan masalah besar kepada orang ramai untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka.

"Bercakap memang mudah sebab dia (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) bukan kerajaan dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab.

"Mereka yang berhutang dengan PTPTN mungkin suka, tapi ini akan menyebabkan masalah besar...jangan fikir keuntungan jangka pendek sahaja," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau menegaskan sedangkan janji yang diberikan pembangkang semasa pilihan raya lepas pun masih banyak belum ditunaikan.

Mengenai kenyataan Anwar dalam satu laporan portal bahawa beliau yakin Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya merampas semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang, Muhyiddin berkata apa yang penting ialah apa pendapat rakyat mengenai pentadbiran pakatan pembangkang di negeri itu.

"Apa yang mustahak sekarang ialah apa rakyat di Selangor fikirkan, apa yang mereka fikirkan mengenai kerajaan negeri sedia ada, adakah mereka berpuas hati," katanya.

Muhyiddin berkata BN sedar akan berdepan cabaran besar di Selangor pada pilihan raya umum akan datang kerana sudah pasti pakatan pembangkang tidak akan mudah menyerah kalah.

Beliau berkata BN tahu yang dimahukan oleh rakyat Selangor dan menurutnya mereka adalah pemilih yang dipentingkan oleh BN. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan