Berita Baik Mengenai Biasiswa JPA Diumum Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyyidin Yassin dijangka mengumumkan berita baik mengenai biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelajar akan memohon biasiswa JPA seperti biasa dan maklumat terperinci mengenainya akan diumumkan hari ini.

"Draf mengenai apa yang dicadangkan Kabinet dalam perkara itu sedang di peringkat akhir dan akan dimuktamadkan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Tahun lepas kerajaan mengumumkan satu semakan secara menyeluruh dasar biasiswa JPA akan dilakukan.

Semakan itu termasuk sama ada memperuntukkan tawaran biasiswa kepada pelajar cemerlang di peringkat kemasukan universiti dan menawarkan dermasiswa untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mereka mengikuti kursus prauniversiti seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi atau A-level.

Sementara itu, Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran akan mengkaji cadangan supaya Pendidikan Islam dijadikan salah satu subjek wajib lulus dalam peperiksaan sebagaimana subjek wajib lulus yang lain.

Permintaan itu disuarakan Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali atas rasa tanggungjawab terhadap Islam dan bukan kerana bersikap perkauman atau cauvinis semata-mata. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan