Bapa Altantuya Nafi Terima Wang 'Tutup Mulut'

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.

Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya.

"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Menurut Setev, khabar angin berkenaan mula tersebar di internet selepas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan pada 2008 daripada tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun Setev berkata beliau mengetahui mengenai dakwaan berkenaan hanya selepas melihat paparan mengenainya di Youtube baru-baru ini.

Tambah beliau, kerajaan Mongolia telah menghantar nota rasmi kepada kerajaan Malaysia bagi mendapatkan maklumat mengenai kes berkenaan namun masih belum menerima sebarang jawapan.

Katanya lagi beliau ingin mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai 'seorang bapa dan lelaki' bagi membincangkan mengenai kes anaknya itu.

Baru-baru ini mahkamah menetapkan tarikh pendengaran rayuan dua pegawai polis yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya ditetapkan pada 27 dan 28 Ogos depan.

Sebelum ini kedua-dua perayu, Cif Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar memfailkan petisyen rayuan mereka.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, setelah mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober,2006, dan 9.45 malam hari berikutnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan