Akta Perdagangan Elektronik 2006 Dalam Proses Pindaan - Ismail Sabri

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kini dalam proses meminda Akta Perdagangan Elektronik 2006 bagi memasukkan elemen penguatkuasaan.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan pindaan itu pengguna akan dapat menjalankan transaksi elektronik dalam persekitaran yang lebih terjamin.

"Kertas cadangan sudahpun dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk semakan dan dijangka sebelum akhir tahun ia dapat disiapkan seterusnya dikuatkuasakan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Terdahulu, Ismail Sabri melancarkan 'Snap2get' iaitu satu aplikasi yang membolehkan pengguna membeli-belah secara maya.

Beliau berkata pindaan itu secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan pengguna serta menggalakkan mereka untuk melakukan transaksi atas talian.

"Ia ekoran banyak rungutan diterima kementerian mengenai penipuan yang dilakukan semasa transaksi, untuk tahun lepas sahaja sebanyak 1,879 kes telah dilaporkan," katanya.

Dalam perkembangan lain berhubung rungutan pengusaha stesen minyak Esso yang terjejas kerana tidak menerima bekalan petrol RON95 dan diesel, Ismail Sabri berkata masalah itu bukan disebabkan kekurangan bekalan.

"Saya telahpun mengarahkan pegawai untuk menyiasat perkara itu dan mendapati ia berpunca daripada masalah pengurusan syarikat minyak berkenaan, dan dijangka akan selesai dalam masa terdekat," katanya.

Mengenai rungutan kekurangan bekalan minyak masak di beberapa pasar raya besar sekitar Lembah Klang, beliau berkata ia berpunca daripada sikap pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang membeli minyak masak dalam kuantiti banyak.

"Ini menyebabkan pengguna persendirian terjejas namun kementerian sedang berbincang dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah itu termasuk untuk menambah stok bekalan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan