Standard Keselamatan Lynas Perlu Dipantau Badan Dipercayai - Najib

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengawasan sebarang standard keselamatan bagi projek nadir bumi Lynas di Gebeng, perlu dilakukan oleh badan yang dipercayai orang ramai.

"Kesihatan dan keselamatan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan," kata beliau dalam wawancara 90 minit, "Chat Time With Najib" yang disiarkan secara langsung di NTV7 malam Isnin.

Projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang, telah menerima bantahan sesetengah pihak, kerana bimbang mengenai keselamatan, terutamanya radiasi.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkata Lynas telah mematuhi piawaian yang diperlukan untuk projek berkenaan, walaupun Jawatankuasa Eropah mengenai Risiko Radiasi (ECRR) menyatakan mengenai kesan pengekalan torium dalam tubuh manusia.

"Mereka yang bertanggungjawab memantau projek ini akan melihat bahawa standard sentiasa ketat, untuk memberi keyakinan kepada rakyat.

"Kita juga perlu memberi jaminan kepada mereka, dari segi pelaksanaan," kata Najib.

Semasa menjawab soalan sama ada kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengenakan standard ECRR yang dikatakan menjadi model yang lebih selamat untuk diikuti, Najib menegaskan bahawa bagi kerajaan, kepentingan rakyat diutamakan, dengan itu, kesihatan dan keselamatan rakyat menjadi perkara paling penting.

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan itu," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan