Shahrizat Bidas Pengkritik Ragui Kekuatan Wanita Umno

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membidas para pengkritik yang meragui kekuatan Wanita Umno berikutan kontroversi melanda pergerakan itu dengan menggelarkan mereka sebagai pengkritik “kerusi malas”.

Ketua Wanita Umno itu mencabar semua pengkritik beliau, termasuk pendahulu beliau iaitu Tan Sri Rafidah Aziz, supaya turun dan memeriksa sendiri kekuatan dan perpaduan Wanita Umno dan anggota wanita Barisan Nasional (BN).

"Orang ramai tidak perlu menjadi pengkritik kerusi malas. Saya tidak akan melayan pengkritik kerusi malas.

“Jangan bercakap dari Kuala Lumpur. Cuba turun sendiri ke cawangan dan bercakap dengan anggota wanita, dan anda akan tahu semangat mereka sangat tinggi.

"Saya menjemput semua pengkritik saya turut bersama-sama dengan saya berjumpa rakyat dan Wanita Umno," katanya selepas menghadiri majlis bacaan Tahfiz Al-Quran oleh 1,000 ulama muda di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Ahad.

Shahrizat berkata demikian ketika ditanya mengenai pengkritik terhadap Wanita Umno, termasuk timbalan beliau, yang sebelum ini menyatakan kebimbangannya terhadap kekuatan sayap itu.

Shahrizat Jalil juga merupakan ketua sayap wanita BN.

Program petang Ahad itu menandakan hari terakhir beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tempoh senator beliau berakhir pada Ahad.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan