Sembilan Syarikat Bas Sudah Terima Dana Sokongan - Syed Hamid - Berita Semasa | mStar

Sembilan Syarikat Bas Sudah Terima Dana Sokongan - Syed Hamid

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sembilan syarikat bas berhenti-henti telah menerima dana sokongan sementara berjumlah hampir RM4.5 daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak Mac lalu bagi menyelesaikan masalah kerugian yang ditanggung pengusaha bas berkenaan.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata syarikat yang telah mendapat dana bantuan itu ialah Syarikat Kenderaan Klang Banting Berhad, Wawasan Sutera, De'alfa City dan Seranas dari Selangor; KR Travel and Tours Sdn Bhd dan Syarikat Rembau Tampin Sdn Bhd (Negeri Sembilan); Jalan Langgar Transport Company Berhad dan Kuala Kedah Transport Company Sdn Bhd (Kedah); dan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan.

Syed Hamid berkata pada Disember tahun lalu, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan kelulusan dana berjumlah RM400 juta bagi membantu syarikat bas henti-henti yang sedang menghadapi masalah kewangan dalam meneruskan operasi mereka.

Katanya dana bantuan ini diuruskan oleh SPAD dan ini merupakan rancangan jangka pendek terhadap masalah yang dihadapi oleh pengendali.

"Sejumlah 51 syarikat telah menghantar permohonan. Bagaimanapun ada yang mengalami kelewatan memproses permohonan kerana tidak mengemukakan maklumat yang diperlukan termasuk maklumat berkaitan pengurusan akaun dan kewangan serta surat angkutan," katanya dalam satu kenyataan.

Syed Hamid berkata, sejak Januari lalu, sebanyak 13 sesi perjumpaan telah berlangsung di antara SPAD dengan pengendali bas seluruh negara berkaitan dana bantuan itu.

"Tujuannya adalah untuk menggalakkan lebih ramai pengendali bas untuk tampil memohon dana tersebut," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan