Raptai Akhir Pertabalan Agong Ke-14 Berjalan Lancar

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Raptai penuh istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Isnin berjalan lancar dengan hampir semua persiapan untuk upacara itu yang bakal berlangsung buat julung kali di Istana Negara, Jalan Duta, tersusun rapi.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata raptai terakhir itu bertujuan mengenal pasti sebarang penambahbaikan dan pembetulan yang perlu dilakukan menjelang istiadat pertabalan itu pada Rabu.

"Berdasarkan raptai pada Isnin, dijangka majlis pertabalan itu akan berlangsung kira-kira sejam dan dihadiri kira-kira 780 tetamu kehormat," katanya kepada pemberita selepas meninjau raptai berkenaan di Istana Negara di sini.

Dua raptai istiadat pertabalan berkenaan sebelum ini diadakan pada Khamis dan Jumaat lepas.

Rais, selaku Pengerusi Jawatankuasa Istiadat Pertabalan itu, berkata istiadat pertabalan penuh tradisi akan berlangsung di Balairong Seri istana itu.

Rais berkata rakyat boleh menyaksikan upacara bersejarah itu melalui siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) selain boleh ditonton di seluruh dunia melalui saluran televisyen web.

Sementara itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Awang Kechik Abdul Rahman berkata hampir 2,000 orang termasuk petugas Istana Negara, anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Polis Diraja Malaysia serta pelbagai unit lain bekerja bertungkus-lumus untuk memastikan kelancaran persiapan istiadat pertabalan itu.

"Setiap acara diatur sebaik mungkin dan kita juga mengambil langkah persediaan dengan memastikan kita ada pelan sokongan bagi setiap perkara yang dirancang," katanya kepada Bernama.

Awang Kechik berkata selain menarik perhatian rakyat, istiadat pertabalan itu mampu menyumbang kepada peningkatan bilangan pelancong ke Istana Negara yang kini mencecah 8,000 orang sehari. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan