Pinjaman Dengan Bank Dunia Telah Dibayar Sepenuhnya - Ahmad Husni

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah membayar sepenuhnya pinjaman daripada Bank Dunia manakala sebahagian besar pinjaman dengan Bank Pembangunan Asia (ADB) telah dijelaskan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan telah meminjam US$2,646 juta daripada Bank Dunia bagi tempoh 1965 hingga 1999 dan kesemua pinjaman tersebut telah dijelaskan sepenuhnya pada 2011.

"Pinjaman daripada ADB pula diperoleh dalam tahun 1968 sehingga 2002 yang berjumlah US$1,285 juta, yang mana sehingga Disember 2011 baki pinjaman ialah sebanyak US$124 juta," katanya menjawab soalan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit).

Beliau berkata jumlah keseluruhan pinjaman kerajaan daripada Bank Dunia dan ADB antara tahun 1965 hingga 2002 adalah sebanyak US$3,931 dan pinjaman tersebut hanya dibuat setelah mengambil kira kemampuan membayar balik.

"Kerajaan akan terus komited untuk menjelaskan bayaran pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan," katanya dan menambah bahawa kerajaan tidak meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Ahmad Husni berkata pinjaman yang dibuat itu hanya digunakan untuk membiayai pelbagai projek membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Kesemua pinjaman Bank Dunia telah dibayar sepenuhnya membuktikan kerajaan Malaysia mengamalkan pendekatan pengurusan hutang yang berhemat di mana pinjaman dibuat hanya untuk membiayai projek-projek pembangunan yang diperlukan oleh rakyat dan setelah mengambil kira kemampuan membayar balik," katanya.

Ahmad Husni berkata sebahagian besar pinjaman daripada Bank Dunia dan ADB digunakan untuk membiayai projek pembangunan luar bandar termasuk pembangunan sektor pertanian, perhutanan, pembangunan tanah rancangan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felcra), bekalan air, pengairan, pembetungan, kemudahan pendidikan, kemudahan kesihatan serta menyediakan skim kredit mikro dan tabung pinjaman untuk pengeluaran makanan.

Selain itu, pinjaman juga digunakan untuk membiayai pembangunan pengangkutan bandar, telekomunikasi, jalan raya dan lebuh raya.

"Projek-projek ini telah memberi sumbangan yang besar kepada usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan, meningkatkan pendapatan, kemudahan infrastruktur luar bandar, pendidikan dan kesihatan rakyat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan