Pelaburan Mara Lantik Ameer Ali Sebagai CEO & CIO ASM Investment

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelaburan MARA Bhd pada Isnin mengumumkan pelantikan Ameer Ali Mohamed sebagai ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai pelaburan baharu anak syarikat milik penuhnya, ASM Investment Services Bhd.

Pelantikan itu berkuat kuasa pada 12 April.

Ameer Ali, lulusan Universiti Islam Malaysia, berpengkhususan dalam kewangan ialah ketua pegawai eksekutif dan pengarah urusan Amanah Saham Kedah Bhd sebelum ini, kata ASM Investment dalam satu kenyataan.

Ia berkata Ameer Ali mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri kewangan dengan beberapa entiti kewangan terkemuka di Malaysia, termasuk ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai pelaburan OSK Asset Management Sdn Bhd, dan ketua luar pengurusan dana dan ketua pembangunan perniagaan di Mayban Investment Management Sdn Bhd.

Beliau bertanggungjawab untuk mengemudikan ASM Investment dalam menjadi antara dana syariah terkemuka dan syarikat pengurusan aset di Malaysia. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan