MyKad Baru Begitu Popular

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sambutan yang begitu menggalakkan terhadap MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya menyebabkan ia memerlukan masa selama tiga bulan untuk dikeluarkan.

Terdahulu, seorang pemohon hanya perlu menunggu selama sehari untuk mendapatkan MyKad baru itu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima secara purata 21,000 permohonan setiap hari sejak pengeluaran MyKad baru itu diperkenalkan pada Januari lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehingga 31 Mac, jabatan itu menerima kira-kira 1,516,126 permohonan untuk MyKad baru itu.

Beliau berkata, JPN mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan 8,000 kad setiap hari.

"Walaupun kebanyakan pemohon sudah menerima kad mereka, hampir setengah juta lagi terpaksa menunggu lebih lama sebelum kad itu dikeluarkan," katanya.

JPN, katanya memerlukan lebih banyak pencetak dan kakitangan untuk mengeluarkan kad itu.

"Kami berharap agar sejumlah 419,078 kad akan dikeluarkan pada Julai ini," katanya.

Mahmood berkata, rakyat di negara ini tidak diwajibkan untuk menukar kepada MyKad baru kerana kad pengenalan lama masih sah dan boleh digunakan dalam berurusan dengan kerajaan dan syarikat swasta.

"Tiada tarikh akhir untuk mendapatkan kad itu," katanya.

MyKad baru itu turut dilengkapi dengan kelebihan dari sudut fizikal iaitu diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih tahan lasak.

Bagi mereka yang membuat laporan kehilangan MyKad buat pertama kalinya, tiada kos dikenakan untuk mendapatkan MyKad baru.

Namun bagi mereka yang ingin memohon MyKad baru itu mereka perlu membayar RM10.

MyKad itu juga mengandungi cip yang telah diuji kualiti ketahanan di Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (SIRIM) serta makmal-makmal semi konduktor yang diiktiraf.

Ia juga mempunyai ghost image yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelak berlakunya pemalsuan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan