Mustapa & Rombongan Usahawan PKS Ke Surabaya

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengadakan lawatan rasmi ke Surabaya, Indonesia selama dua hari, bermula Ahad.

Misi tersebut merupakan usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) untuk memperkukuhkan jaringan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dengan pengusaha dan persatuan-persatuan perniagaan Jawa Timur, kata Miti dalam satu kenyataan Isnin.

Seramai 26 usahawan tempatan di bawah bimbingan SME Corp Malaysia dan Halal Development Corporation, iaitu agensi-agensi di bawah MITI, turut menyertai misi itu.

Mustapa dan rombongan dijadual bertemu dan mengadakan sesi pemadanan perniagaan dengan ahli-ahli perniagaan dari pelbagai organisasi tempatan.

Antaranya adalah Perhimpunan Pengusaha Indonesia Tionghua (PERPIT), Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI), Kamar Dagang Dan Industri (KADIN) Jawa Timur, Perkumpulan Masyarakat dan Pengusaha Indonesia Tionghua (PERMIT).

Menurut Miti, para usahawan tersebut adalah dari pelbagai sektor seperti makanan, minuman, logistik, kosmetik dan farmaseutikal, sektor pembinaan serta automotif.

Mustapa sebelum ini telah mengadakan lawatan kerja ke Jogjakarta, Bali, Balikpapan dan Manado, selain Jakarta.

Tumpuan kepada wilayah-wilayah di luar Jakarta harus ditekankan kepentingannya berikutan wilayah-wilayah tersebut dilihat semakin berkembang dari segi ekonominya, katanya.

Melalui misi-misi sebegini, hubungan ekonomi dan perdagangan dua-hala antara kedua-dua negara dapat ditingkatkan selain meluaskan jaringan perniagaan antara pengusaha-pengusaha kedua negara terutamanya dari kalangan PKS tempatan.

Nilai eksport Malaysia ke Indonesia meningkat sebanyak 15.1 peratus daripada RM18.1 billion pada 2010, kepada RM20.8 bilion pada 2011.

Eksport utama Malaysia ke Indonesia termasuk kimia dan produk berasaskan kimia, barangan elektrik dan elektronik, jentera dan peralatan, produk petroleum bertapis dan makanan terproses.

Sementara itu, nilai import Malaysia ke Indonesia turut melonjak 19.4 peratus kepada RM35.1 bilion pada 2011, berbanding dengan RM29.4 bilion pada 2010.

Import utama Malaysia dari Indonesia adalah minyak kelapa sawit, barangan buatan besi, kimia dan produk berasaskan kimia, produk petroleum bertapis dan peralatan electrik dan elektronik. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan