KR1M Tidak Beri Saingan Kepada Kedai Runcit Biasa

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak memberi kesan negatif kepada kedai-kedai runcit tradisional, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat pada Isnin bahawa sebaliknya, kemunculan KR1M telah menggalakkan pertumbuhan lebih pesat kedai-kedai runcit tradisional di negara ini.

"KR1M langsung tidak menjejaskan perniagaan peruncit-peruncit lain. Malah sekarang lebih banyak kedai runcit kecil yang membangun dengan pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan, kerana mereka dapat membeli barangan dari kedai KR1M dan menjualnya di kedai-kedai mereka," katanya.

Beliau berkata langkah sedemikian juga membolehkan barangan keperluan asas keluaran KR1M dapat dibeli dan dinikmati oleh masyarakat yang lebih luas.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) yang mendakwa KR1M memberi saingan kepada survival kedai-kedai runcit biasa.

Terdahulu, Rohani juga menafikan dakwaan Mohd Firdaus bahawa kerajaan mewajibkan pengilang memaparkan logo 1Malaysia pada barangan keperluan asas.

Katanya setakat ini, logo 1Malaysia hanya dipaparkan pada dua jenis barangan keperluan asas iaitu gula dan tepung gandum, dan pelaksanaannya telah mendapat persetujuan pihak pengilang barang kawalan setelah perbincangan diadakan dengan mereka.

Beliau menjelaskan pemaparan logo 1Malaysia pada barangan keperluan kawalan utama bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna menggunakan barangan bersubsidi supaya tidak disalahgunakan untuk mengaut keuntungan.

Katanya pada masa sama, pengilang bersetuju melaksanakan inisiatif tersebut bagi membantu kerajaan menyampaikan maklumat berkaitan subsidi dan melaksanakannya sebagai satu tanggungjawab sosial korporat mereka.

Langkah itu juga bertujuan memaklumkan kepada rakyat mengenai subsidi kerajaan ke atas barangan-barangan tersebut dan bagi memudahkan pihak penguatkuasa mengawal dan memantau penjualan barangan keperluan terkawal ini supaya tidak diseleweng. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan