Kerajaan Bentang Pindaan AUKU 1971

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Isnin membentangkan Rang Undang-undang bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 untuk membolehkan mahasiswa menyertai mana-mana persatuan atau pertubuhan termasuk parti politik.

Rang Undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pindaan berkenaan turut membabitkan penggantian Seksyen 15 yang membolehkan mahasiswa memegang jawatan dalam parti politik.

Bagaimanapun menerusi pindaan tersebut, mahasiswa yang memegang jawatan dalam parti politik tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dalam kampus.

Selain itu mahasiswa juga tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti parti politik dalam kampus.

Sementara itu pelajar juga dilarang terlibat dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang yang dikenalpasti oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

Dalam pada itu menerusi sidang media di lobi Parlimen Mohamed Khaled berkata, pelajar perlu membuat pilihan yang sewajarnya mengenai kedudukan mereka sekiranya terlibat dalam parti politik.

"Pihak kementerian yakin kepada kematangan pelajar mengimbangi antara tuntutan untuk belajar dan penglibatan dalam parti politik.

"Dia (pelajar) buatlah pilihan, tak ada masalah bagi kita. Dia boleh jadi ahli...boleh terlibat dalam persatuan sebagai ahli tapi tak boleh pegang jawatan (jika pegang jawatan politik)," katanya di sini.

Ditanya mengenai tindakan pemantauan terhadap pelajar yang memegang jawatan sama ada dalam parti politik atau persatuan kampus agar tidak berlaku pertindihan, Mohamed Khaled berkata tanggungjawab berkenaan terletak pada pelajar itu sendiri.

"(Pemantauan dibuat) universiti masing-masing dan dia (pelajar) mesti tahu (undang-undang).

"Tidak tahu mengenai undang-undang bukanlah satu alasan. Kalau dia pilih untuk pegang jawatan dalam parti politik luar kampus, dia tidak sewajarnya menawarkan diri untuk pegang jawatan dalam kampus," katanya.

Namun Mohamed Khaled berkata, kesalahan bagi pelanggaran akta tersebut hanya membabitkan tindakan disiplin dalaman bagi universiti masing-masing.

"Kita serah kepada setiap universiti. Tidak ada hukuman jenayah namun hanya tindakan disiplin dalaman," katanya.

Bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 dijangka akan dibuat minggu depan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan