Kenyataan Pengerusi SPR Cetuskan Spekulasi Tarikh Pilihan Raya Umum

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof pada Isnin tentang persiapan suruhanjaya itu menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 mencetuskan spekulasi dalam kalangan petugas media di sini bahawa ia mungkin diadakan Jun ini.

Apabila beliau berkata SPR akan memuktamadkan persiapannya bagi PRU itu pada Jun ini, beliau terus dihujani soalan oleh pemberita sama ada PRU akan diadakan pada bulan itu.

"Dari segi pentadbiran, saya sedang mempersiapkan para pegawai saya untuk menghadapi Jun...tapi saya tidak mengatakan pilihan raya tidak akan diadakan sebelum Jun," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis taklimat bagi Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pembantu mereka di sini.

Abdul Aziz berkata mungkin beberapa isyarat akan diberi kepada beliau sebelum PRU diadakan, tetapi setakat ini, beliau belum menerimanya.

Seramai 151 pegawai pilihan raya yang terdiri daripada 31 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan 120 pembantu mereka menghadiri taklimat dua hari itu.

Abdul Aziz berkata taklimat serupa akan diadakan di Sibu pada 12 April dan di Miri pada 16 April untuk membiasakan pegawai berkenaan dengan prosedur baru yang akan diguna pakai pada PRU akan datang.

"Pilihan raya umum ke-13 tidak sama dengan pilihan raya umum sebelum ini. Banyak perkara baru akan diperkenalkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan