Jawatan Senator Empat Menteri Diperbaharui

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Negara telah memperbaharui jawatan senator Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin selama tiga tahun.

Sementara itu, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah dilantik sebagai senator yang baru.

Raja Ropiah, 63, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya tahun 1973, merupakan Ketua Wanita Umno Selangor dan Exco Wanita Umno Malaysia.

Semasa bercakap kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah itu, Raja Ropiah berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana pelantikan kali pertama itu untuk tempoh tiga tahun.

Katanya beliau akan memberi perkhidmatan terbaik untuk kepada rakyat khususnya di negeri Selangor.

Jamil Khir, 51, berkata, beliau melihat pelantikan semulanya sebagai Senator sebagai satu amanah yang harus dipikul dengan penuh tanggungjawab dalam meneruskan perkhidmatan kepada rakyat khususnya mengenai perkara berkaitan agama Islam.

"Saya akan melaksanakan dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan negara dan rakyat," katanya.

Beliau berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan dalam pelantikan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan