Isu PFN: Keluarga Shahrizat Digesa Cagar Harta

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil digesa mencagarkan semua harta termasuk pegangan peribadi mereka kepada kerajaan sebagai timbal balik pembayaran pinjaman RM250 juta bagi tujuan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN).

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berkata, sekiranya syarikat National Feedlot Corporation (NFCorp) milik keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu gagal membuat pembayaran dalam masa dua minggu, kerajaan perlu melelong harta-harta tersebut bagi mendapatkan semula dana berkenaan.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mendapatkan persetujuan keluarga Datuk Seri Shahrizat agar semua harta mereka dicagarkan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isini.

Selain itu Mohd Rafizi turut memberi amaran untuk mendedahkan pelbagai dakwaan penyelewengan membabitkan NFCorp sekiranya tuntutan berkenaan tidak dipenuhi.

"Jika keputusan mendapatkan cagaran harta peribadi ini tidak berlaku dalam tempoh seminggu ini, PKR akan terus mendedahkan harta-harta lain yang dibeli oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat yang masih belum diketahui umum dan segala penyelewengan lain bersabit NFCorp," katanya.

Menurut Mohd Rafizi, cadangan cagaran harga tersebut perlu dilaksanakan sebagai syarat 'jaminan peribadi' bagi mendapatkan kembali dana RM250 juta yang dipinjamkan kepada NFCorp selepas kerajaan membuka semula tender pengendalian PFN.

Sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengumumkan kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging PFN.

Pembukaan tender baru itu bagi memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Isu PFN berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan