Felda & FGVH Tandatangan Ikrar Integriti Korporat Dengan SPRM

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) pada Isnin menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan Pakatan Integriti (IP) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

CIP dan IP itu ditandatangani Pemangku Pengurus Besar Felda Datuk Suhaimi Zainuddin, Presiden Kumpulan FGVH Datuk Sabri Ahmad dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Majlis disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hadir sama Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Pada sidang media selepas itu, Abu Kassim berkata CIP merupakan akujanji Felda untuk menyokong usaha kerajaan yang memberi penekanan kepada aspek integriti.

Katanya langkah itu juga bagi memastikan syarikat-syarikat seperti syarikat berkaitan kerajaan atau syarikat milik kerajaan agar akur kepada undang-undang terutamanya membabitkan isu perolehan dan aktiviti yang berkaitan dengan hasil.

Abu Kassim berkata SPRM akan mewujudkan kesedaran akan pentingnya integriti bukan saja pada kalangan warga Felda tetapi juga pihak lain yang berurusan dengan institusi tersebut.

SPRM juga katanya akan mencadangkan kepada Felda agar melaksanakan kursus khas kepada semua pembekal mereka dan keperluan untuk menandatangani sejenis akuan bahawa mereka menyokong usaha anti rasuah dan meningkatkan integriti dalam organisasi korporat.

"Apabila ikrar integriti korporat ini ditandatangani, salah satu syarat yang kita minta ialah perbincangan antara pihak Felda akan dibuat.

"Pelaporan berbentuk berkala dalam bentuk tiga bulan atau empat bulan sekali akan dilaksanakan untuk melihat apakah bidang-bidang yang boleh dibantu dan juga inisitiaf lain yang boleh dibuat untuk meningkatkan integriti korporat," katanya.

Katanya apabila integriti menjadi penekanan dalam sesebuah organisasi, langkah itu akan dapat menambah kekuatan organisasi tersebut bagi mengatasi masalah kebocoran (daripada segi kewangan) serta dapat meningkatkan hasil.

Sementara itu bercakap pada sidang media yang sama, Isa berkata langkah menandatangani CIP dan IP tersebut adalah selaras hasrat Felda yang menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk membanteras rasuah.

"Oleh kerana itu, kita menandatangani perjanjian bersama dengan SPRM dalam usaha menjadikan Felda Global dan Lembaga Felda lebih baik dari segi integriti dan kredibitliti.

"Perdana Menteri selaku menteri yang menjaga Felda bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh pihak Felda dan Felda Global," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan