AirAsia Tingkat Perkhidmatan Antara China & Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, menawarkan lebih banyak penyambungan dan kemudahan antara China dan Indonesia melalui khidmat "Fly-Thru".

Diperkenalkan tahun lepas, Fly-Thru merupakan penyelesaian inovatif AirAsia bagi sambungan penerbangan, dengan menawarkan lebih kemudahan kepada penumpang, demikian menurut syarikat peenrbangan itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

Perkhidmatan terus dari bandar Indonesia seperti Jakarta, Bandung, Medan dan Surabaya ke bandar-bandar di China seperti Guangzhou, Shenzhen, Macau dan Hong Kong melalui hab AirAsia di Kuala Lumpur, diperluaskan berikutan permintaan popular bagi perkhidmatan Fly-Thru itu, katanya.

Penumpang juga dapat menikmati perkhidmatan dari Chennai (India) ke Singapura dengan sambungan Fly-Thru juga melalui Kuala Lumpur, katanya.

Syarikat penerbangan itu menawarkan tambang termasuk semua bagi khidmat Fly-Thru dari serendah RM379, bagi tempahan mulai 9-29 April bagi tempoh perjalanan 1 Jun hingga 10 Ogos, 2012.

Sementara itu, selain daripada tambang promosi Fly-Thru, syarikat penerbangan itu juga menawarkan tambang termasuk semua dari serendah RM59 sehala ke destinasi di Indonesia seperti Bali, Jakarta, Medan, Semarang dan Surabaya.

Turut ditawarkan ialah pelbagai penerbangan domestik dan antarabangsa dengan tambang termasuk semua serendah RM49 sehala, ke destinasi seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching, Singapura, Da Nang, Chiang Mai, Bangkok, Ho Chi Minh City, Kolkata, Chennai dan Kochi.

Tambang rendah ini boleh didapati mulai 9-15 April bagi tempoh perjalanan 1 Jun hingga 10 Ogos, 2012. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan