Shahrizat Panggil Sidang Akhbar

Diterbitkan: Ahad, 8 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah memanggil satu sidang akhbar di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang Ahad.

Adalah difahamkan, sidang akhbar itu berkait dengan keputusannya untuk berhenti sebagai menteri.

Tempoh perkhidmat Shahrizat yang juga ketua pergerakan Wanita Umno Malaysia sebagai senator berakhir secara rasminya hari ini.

Beliau telah pun mengumumkan hasratnya untuk tidak menyambung semula perkhidmatannya sebagai menteri selepas tempoh perkhidmatannya sebagai senator tamat.

Menurut undang-undang, seorang senator boleh dilantik selama dua penggal berturut-turut. Setiap penggal adalah untuk selama tiga tahun sahaja.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan