Shahrizat Lega PM Pegang Portfolio KPWKM

Diterbitkan: Ahad, 8 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berasa lega apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beliau sendiri akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Shahrizat turut melahirkan rasa syukur dengan pengumuman Perdana Menteri semasa merasmikan Program KARISMA 1AZAM peringkat negeri Pahang di Temerloh, Sabtu.

"Doa saya dan semua di KPWKM dimakbulkan Allah SWT apabila Perdana Menteri mengumumkan di Temerloh semasa merasmikan Program KARISMA 1AZAM peringkat negeri Pahang bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berada di bawah Perdana Menteri.

"Alhamdulilah!" katanya dalam satu kenyataan di sini Sabtu.

Najib mengumumkan akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas berakhirnya tempoh perkhidmatan Shahrizat sebagai senator yang menjawat jawatan berkenaan, Ahad.

Najib bagaimanapun tidak menyatakan sehingga bila beliau akan memangku jawatan berkenaan.

Shahrizat sebelum ini mengumumkan pengundurannya sebagai menteri apabila tamat tempoh sebagai senator pada 8 April ini berikutan isu National Fidlot Corporation, yang melibatkan suaminya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan